|
|
Gerakan Islam mempunyai sejarah yang berliku dalam keberadaannya di tengah masyarakat Islam selepas mengalami zaman penjajahan. Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami, HAMAS,FIS,PKS & PAS adalah gerakan Islam moden telah muncul untuk dalam mengembalikan kegemilangan Khilafah Islam.
|
|
Erbakan, Islamis yang menggugat sekularisme Turki |
Necmettin Erbakan, tokoh gerakan Islam Turki yang meninggal dunia pada Ahad, 27 Februari lalu merupakan seorang yang telah mencatat sejarah penting politik Islam di negara sekular itu. Turki secara rasmi menjadi republik pada 1923 dan menegaskan identiti sekular berasaskan ide Mustafa Kamal Ataturk pada 1928 dengan klausa Islam sebagai agama negara dipadamkan daripada perlembagaan. Sejak itu, Kamalisme menjadi satu tunjang penting republik Turki, menegaskan identiti sekular Turki yang memisahkan agama daripada ruang politik. Sekularisme di Turki jauh sekali daripada definisinya yang sepatutnya menjadikan negara neutral terhadap agama, tetapi menjadikan negara mengambil sikap memusuhi agama Islam. Erbakan mencatat sejarah sebagai pemimpin parti Islam yang pertama berjaya membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri, walaupun untuk satu tempoh yang singkat. Erbakan menyaksikan laluan sukar sejak terlibat secara aktif dalam politik pada 1969, apabila memenangi wakil bebas untuk Konya di Parlimen Turki. Pada 1970, beliau menubuhkan Parti Orde Nasional, yang diharamkan pada tahun berikutnya kerana didakwa menentang asas sekular negara Turki. Pada 1972, Erbakan menubuhkan Parti Penyelamat Nasional dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam pilihan raya 1973 dan 1977. Beliau malah pernah menjawat jawatan timbalan perdana menteri dalam tiga kerajaan pakatan bersama parti lain. Parti itu turut diharamkan pada 1980 dan Erbakan dipenjarakan, ekoran satu rampasan kuasa oleh pihak tentera. Erbakan dan beberapa ahli politik lain diharamkan daripada terlibat dalam politik, sehingga larangan itu ditamatkan pada 1987. Pada 1983, Parti Kebajikan (Refah) ditubuhkan dan Erbakan mula memimpin Refah pada 1987 selepas pengharaman penglibatannya dalam politik ditarik balik. Refah berjaya meletakkan 40 orang wakil di Parlimen Turki dengan pakatan bersama Parti Rakyat. Kemudian, Parti Kebajikan menyaksikan kemenangan terbesarnya pada 1995 apabila menjadi parti pertama mendapat 21 peratus undi, menjadi kumpulan terbesar dalam parlimen. Dengan pakatan bersama parti pimpinan Tansu Ciller, sebuah kerajaan ditubuhkan pada 1996 dengan Erbakan menjadi perdana menteri Islamis pertama Turki. Erbakan hanya menjadi perdana menteri selama setahun, bermula Jun 1996 hingga Jun 1997. Kemunculan parti Islam pimpinan Erbakan mencetuskan satu debat hangat di Turki yang sekular itu, debat yang masih berjalan sehingga ke hari ini, walaupun selepas parti yang lebih sekular mengetuai kerajaan. Pihak tentera, penjaga sekularisme Turki kemudian bertindak sekali lagi terhadap parti pimpinan Erbakan dan memaksanya meletak jawatan. Parti Kebajikan kemudian diharamkan pada 1998 dan Erbakan diharamkan daripada terlibat dalam politik selama lima tahun. Erbakan menamatkan hayatnya sebagai pemimpin sebuah parti Islam, mencatat sejarah tersendiri sebagai Islamis Turki dan dalam perjuangan Islam di negara yang paling fanatik dalam mempertahankan apa yang ditafsir sebagai sekularisme, lebih daripada apa yang dilihat di Eropah. Oktober tahun lalu, Parti Kebahagiaan (Saadet) melantik Erbakan sebagai pemimpin parti dalam satu konvensyen diadakan untuk memilih pimpinan baharu. Kepimpinan Erbakan dalam Parti Kebahagiaan mencatatkan parti keempat yang dipimpin beliau selama hayatnya. Episod perjuangan Erbakan menyaksikan satu persaingan sengit merentasi tekanan sekularisme yang kuat di Turki, sehingga asas-asas demokratik dilanggar untuk memenangkan sekularisme. Sejarah penglibatan Erbakan dalam politik telah menyaksikan kemampuan parti Islam untuk terus terlibat dan menerima sokongan, termasuk pada masa ini ketika parti pasca-Islamis pimpinan Recep Tayyip Erdogan memimpin Turki. Kes Islamis di Turki telah mengukuhkan hujah untuk menyokong pilihan fasa pasca-Islamisme dalam perjuangan parti-parti Islam. Parti Erbakan dilihat sebagai tidak berupaya meneruskan perjuangan di Turki dengan wajah Islamis, berbanding Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP. AKP muncul dengan lebih berupaya bercakap dalam bahasa semasa, menyentuh isu-isu yang mudah diterima ramai. Walaupun sentiasa diberi amaran supaya tidak mengulangi sikap dan tindakan Islamis di Turki, AKP diterima Barat sebagai model bagi gerakan Islam dan peranan Islam dalam politik. Di peringkat antarabangsa, usaha AKP mendekatkan Turki dengan Kesatuan Eropah dengan tindakan-tindakan yang menyelaraskan amalan di Turki dengan Eropah menerima pujian dari Barat. Terbaharu, tindakan melibatkan Israel melonjakkan lagi nama AKP dan Turki, menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan kedudukan Turki sebagai kuasa serantau di Timur Tengah. Erbakan, di penghujung hayatnya memperlihatkan sikap kritikal terhadap AKP dan kepimpinan Erdogan. Ekoran episod serangan ke atas kapal Mavi Marmara, Erbakan mengkritik keras kerajaan Erdogan yang didakwa bersikap hipokrit apabila mengamalkan dua amalan berbeza dalam urusan melibatkan Israel. Menurut Erbakan, Turki terus berurusan berbilion dolar melibatkan senjata dengan Israel, walaupun apa yang terjadi di Forum Ekonomi Dunia di Switzerland pada 2009 melibatkan Erdogan dengan Shimon Peres memperlihatkan hal yang berbeza. Dalam konvensyen yang menyaksikan pemilihannya sebagai pemimpin parti baharunya, Erbakan turut mengkritik AKP dan menyatakan Parti Kebahagiaan sebagai parti Islam sebenar. Menjelang pilihan raya Turki akan datang pertengahan tahun ini, parti Islam pimpinan Erbakan dijangka mengadakan aliansi dengan parti Islam lain. Parti Kebahagiaan yang ditinggalkan Erbakan akan meneruskan perjuangan Islamis Turki, yang kini menjadi satu legasi penting tokoh yang dianggap “guru gerakan Islam” itu. Dalam suasana pasca-Islamisme dilihat sebagai pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi untuk gerakan Islam, Erbakan telah memperlihatkan kelangsungan hidup Islamis, yang terus mengambil bahagian dalam politik Turki. Perjuangan panjang politik Erbakan telah mencatat sejarah dalam perjuangan Islamis menghadapi sekularisme Turki. Erbakan telah mencatat sejarah sebagai Islamis yang terus menjadi pencabar utama fahaman Kamalisme Turki yang meletakkan sekularisme sebagai asas utama negara. |
Revolusi kebangkitan Rakyat di Mesir |
Amerika Syarikat (AS) dan kuasa barat yang mendukungi kuasa regim zionis Yahudi kini bakal kehilangan satu lagi negara sahabat, rakan yang menjadi benteng, pelindung yang diperkakaskan oleh negara-negara yang bersekongkol ini untuk mencaturi agenda besar mereka di rantau Timur Tengah. Selama 30 tahun negara-negara kuasa yang melindungi regim zionis ini memperalatkan dan memperkudakan Mesir, negara milik umat islam untuk menjadi pelindung kepada survavil regim zionis yang sentiasa kepingin untuk terus berada dalam zon selesa bagi mengatur agenda besar dirantau itu yang dikelilingi oleh negara-negara milik umat islam. Sebagai negara sahabat AS, Mesir dibayar dolar AS 1. 5 billion setiap tahun berupa bantuan melengkapkan ketenteraan dan peralatan tentera dan lain-lain. Regim zionis diberi bentuk bantuan sama berpuluh kali ganda lebih besar. Dengan perjanjian damai Kem David dan Oslo, regim zionis menemui keamanan yang dicarinya dengan negara-negara Mesir dan Jordan dengan negara-negara barisan hadapan ini mengiktiraf kewujudan regim zionis. Mesir, Jordan dan Syria merupakan negara barisan hadapan yang berperang dengan regim zionis beberapa kali. Dalam perang 1967 negara-negara Arab kalah teruk dengan beberapa wilayah bumi negara-negara ini ditawan regim zionis dan dalam perang 1973 Mesir berjaya membebaskan sebahagian dari Sinai dan mengistiharkan kemenangan dalam perang itu. Perjanjian damai telah membolehkan regim zionis menumpukan perhatian kepada pembangunan ketenteraannya hingga menjadi kuasa tentera paling kuat di rantau Timur Tengah sehingga menjadi kuasa nukleur di samping pembinaan penempatan baru di wilayah-wilayah Arab yang mereka rampas dalam perang 1967. Keamanan dengan Mesir dan Jordan membolehkan regim zionis bertindak ganas terhadap rakyat Palestin seperti dalam perang Gaza dan serangan terhadap Lubnan dan pembunuhan beramai-ramai di kem Sabra dan Shatila di Lubnan. Negara-negara Arab telah diamankan kesemuanya. Elemen-eleman ini turut berperanan dalam kebangkitan revolusi rakyat di Mesir bermula pada 25 Januari lalu, sebelas hari selepas kejatuhan Ben Ali di Tunisia pada 14 Januari. Selain faktor-faktor ini, faktor-faktor ekonomi, kebebasan bersuara, kezaliman, penindasan dan lain-lain turut memainkan peranan yang mencetuskan revolusi kebangkitan rakyat ini yang kini masuk minggu kedua. Kebangkitan ini memuncak pada hari Jumaat lalu selepas solat Jumaat dan ia tiba kekemuncaknya pada hari selasa apabila lebih sejuta rakyat keluar mendesak Mubarak meletakkan jawatan dengan segera. Mubarak telah menubuhkan kabinet baru dengan melantik Naib Presiden Omar Sulaiman, rakan kepercayaannya yang sebelumnya mengetuai apparatus perisikan Mesir. Selama 30 tahun Mubarak tidak melantik Naib Presiden dan memerintah secara kuku besi. Mubarak tampil dua kali membuat ucapan ke seluruh negara melalui TV milik regim dengan membuat konsesi politik untuk berundur pada bulan Septembar, tarikh penggal keprisedenannya berakhir, tetapi konsesi itu dengan pelbagai janji reformasi politik dan ekonomi termasuk dailoq dengan kumpulan pembangkang, tidak dapat meredakan demonstarasi di Dataran Tahrir dan diseluruh Mesir termasuk di Iskandariah, Suez dan lain-lain bandar Mesir. Ia sudah terlalu lewat setelah 30 tahun. Hari-hari Mubarak sudah berakhir walaupun pemimpin itu belum mahu meletakkan jawatan sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat yang menuntutnya berbuat demikian dan selagi tidak ada perletakan jawatan, maka selagi itu demonstrasi diteruskan. Mubarak tiada pilihan lain walaupun untuk mengekalkan status quo. Presiden AS Obama dan para pemimpin barat kelihatan begitu berhati-hati dalam menanggani kebangkitan revolusi rakyat ini. Ini dapat dilihat dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kuasa-kuasa AS dan barat ini. AS dan barat dalam keadaan dilemma kerana Mubarak adalah sahabat, rakan yang bersekongkol dengan kuasa mereka untuk membentengi kebangkitan islam yang memasuki babak baru yang sangat membimbangkan AS, barat dan kuasa regim zionis. Mesir tanpa Mubarak, Tunisia tanpa Ben Ali dan negara-negara Arab lain yang satu demi satu akan didatangi dengan kebangkitan rakyat tidak lagi mampu menjadi benteng mengekalkan keamanan regim zionis dan rantau Timur Tengah. Tanpa pemimpin-pemimpin ini Timur Tengah akan menempuh era baru yang sangat dibimbangi dan ditakuti oleh kuasa AS, barat dan regim haram zionis. Senario politik diTimur Tengah akan berubah mendadak dengan lanskap baru apabila rakyat mencari pimpinan baru dikalangan tokoh-tokoh pergerakan islam untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemimpin diktator ini. Rachid Ghanuchi telah kembali ke Tunis dari buangan dengan mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat. Pada ketika Mubarak menghadapi hari-hari akhirnya walaupun dia berikrar tidak akan meninggalkan Mesir kerana mahu mati di Mesir, nama pergerakan Ikhwan Muslimun disebut-sebut bakal menyertai pilihanraya apabila berlaku proses pembaharuan politik di Mesir. Dibawah pemerintahan Mubarak, Ikhwan diharamkan dan para pemimpin Ikhwan dipenjarakan. Sejak rampasan kuasa tentera oleh Gamal Abdul Nasir pada 1952, yang mejatuhkan Raja Farouk ramai tokoh-tokoh Ikhwan dipenjarakan dan ramai juga yang syahid seperti Al-Syahid Syed Qutb, Al-Syahid Hassan Al-Bana, pengerak dan pengasas Ikhwan. Kejatuhan regim-regim diktator ini akan membolehkan pergerakan islam melalui proses pilihanraya muncul berkuasa jika berlaku pilihanraya adil. Kemungkinan besar pergerakan islam mencapai kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil seperti yang berlaku di Palestin, apabila Hamas memenangi pilihanraya 2006. AS, kuasa barat dan regim zionis cukup takut kepada kemungkinan ini apabila Mesir tidak betah lagi menjadi benteng regim zionis dan menjadi alat negara-negara kuasa ini. Selepas revolusi rakyat di Tunisia yang menyaksikan tumbangnya regim diktator Zine-El Abidine atau dikenali dengan panggilan Ben Ali pada 14 Januari lalu, kini regim Hosni Mubarak yang memerintah Mesir dengandecree, kekerasan, kezaliman selama 30 tahun, melalui apparatus pasukan polis yang dikendalikan melalui kementerian dalam negeri sedang berada diambang kejatuhannya. Para penganalisis politik AS dan barat bimbang Teori domino akan berlaku diTimur Tengah apabila rakyat bangkit berdemonstrasi. Regim-regim dirantau itu kini sedang sibuk membuat beberapa pembaharuan politik dengan harapan ia akan membendung kebangkitan islam dinegara mereka. Jordan telah menukar pimpinan kerajaan bagi menanggani keadaan kerana Amman juga sedang menghadapi kebangkitan rakyat. Rakyat Mesir yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir dalam jumlah lebih satu juta sudah tidak gentar lagi dengan pasukan keselamatan regim Mubarak. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam ketakutan yang menyelubungi kehidupan mereka. Lebih separuh rakyat Mesir dari jumlah 85 juta orang hidup dalam kemiskinan tegar dengan pendapatan kira-kira dua dollor sehari. Kekayaan dibulut oleh segelintir mereka yang berkuasa dengan yang kaya menambahkan kekayaan mereka dan yang miskin terus menderita. Anak-anak muda yang berpendidikan dan terpelajar dinafikan pekerjaan menyebabkan kadar pengganguran yang tinggi. Regim Mubarak tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada mereka. Kesemua tolak ansur yang diketengahkan oleh Mubarak ditolak. Mereka mahukan Mubarak berundur segera sebelum bulan september. AS dan barat akan memainkan peranan untuk cuba menafikan kepimpinan ikhwan mengambil alih kekosongan melalui pilihanraya nanti. |
Ikhwan dipelawa sertai kerajaan baru |
Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak. Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, uhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan. “Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik,” katanya, “mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia.” El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, “sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar.” Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain. “Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar,” katanya lagi. Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu pemberontakan di Tunisia baru-baru ini. Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh. El-Baradei mendesak Amerika supaya ‘meninggalkan’ Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabenitnya meletakkan jawatan. Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal. Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak. Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka. |